Lovingnur!
Follow Dashboard
Untuk Antum.
Friday, January 9, 2015 | 0Superstar (s)!

Entri ini khusus untuk antum yang nak balik asrama. Eheh. Macam menganjing je. 
Eh tak. Cuma nasihat.
So, apa perasaan nak balik asrama? Tak syok? Down? Dah rasa bakal rindu rumah? Nangis? Tak boleh tidur sepanjang malam? Belum pack barang? Apa lagi? Tak ada selera makan?

Hehehe *gelak sopan*

Normallah kan. Tapi awal-awal je. Nanti dah sampai asrama, dah jumpa kawan, lupa dah kat rumah. Bukan apa, sebenarnya orang lebih sedih nak berpisah dengan gadget berbanding keluarga, kan?

Okay tak semualah, tak semua.

Ada juga yang bila dah sampai hostel, malam-malam lepas tutup lampu pukul 11:30pm tu, menangis sorang-sorang bawah bantal kan? Haha tak kurang gak ada dorm yang buat 'majlis makan-makan', semua kumpul makanan yang dibawa dari rumah, makan ramai-ramai.

*minum air*

Cukuplah intro kan? Meh serius pula.

So, apa niat kita sebenarnya?

Mula dengan check semula niat. Perbaharui niat. Biar semua fillah, lillah. Biasalah kengkawan, tak best tu memang ada. Tapi kan, kalau lah kita tahu setiap langkah tu diiringi dengan pahala, mesti rasa nak berlari laju-laju.

Menuntut ilmu tu satu jihad. Macam mana nak kata kita nak lawan Israel lah, nak jadikan Islam yang tawan dunia lah, nak jadi hebat macam Sultan Muhammad al Fateh dan sebagainya kalau taknak berkorban sikit?  Berkorban untuk kebaikan, kan?

Ikhlas.

Buat apa pun kena ikhlas.

Bukan semua orang dipilih Allah untuk ke sekolah tempat kita belajar. Bukan semua orang terpilih dapat masuk asrama. Guna peluang ni sebaiknya. Cheer guys, Allah pilih kita, patutnya kita bangga.

Redha.

"Nanti dah balik asrama tak dapat nak layan K-Drama."

"Takdapatlah aku stalk crush aku kat asrama nanti."

"Macam mana nak follow cerita Istikharah Cinta ni?"

"Habislah aku tak dapat up-to-date dengan cerita Encik Sotong nanti."

"Ala nanti dah tak boleh tweet."

"Bosannya sekolah bukan buat apa pun."

"Homework tak siap lagi."

"Kenapa cuti sekejap sangat?"

"Homesick lah nanti."

"Pagi-pagi nak mandi kena sesak-sesak dengan orang. Tak syok."

"Kena bangun awal lahai."

"Katil asrama tak best."

"Senior suka buli kami."

Ini antara list alasan yang aku boleh bagi. Banyak lagi sebenarnya, aku tahu. Relaxlah. Aku dulu pun duduk asrama. Alasan ni dah berkurun orang guna. Aku pun, pernahlah guna.

Tapi cuba tengok balik semua alasan tu, itu alasan yang tak valid bagi pejuang agama yang sebenar.

Macam tak dapat layan movie dan sebagainya, ye, bagi yang obses, itu susah. Tapi yang susah itulah namanya mujahadah. Ingat nak raih redha Allah ni mudah?

Kenapa cuti sekejap sangat? Rasanya cuti bukan sekejap, tapi kita yang lama sangat membuang masa. Kan?

Homework tak siap lagi tu, bukan salah cuti sekejap. Tapi salah diri suka menangguh. Okay mungkin ada yang betul-betul banyak homework, take your time. Kurangkan sikit online hari ni, siapkan homework tu.

Jangan lupa tinggalkan telefon bimbit memasing kat rumah. Tak baik bawa 'barang haram' pergi sekolah. Melainkan memang sekolah tu dibenarkan bawa phone, takdelah aku nak halang. Okay sekian.

NOTE: Jihad fillah ye. Lillah.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!