Lovingnur!
Follow Dashboard
Jaga jaga!
Wednesday, December 31, 2014 | 2Superstar (s)!



Kali ni aku nak bebel sikit lah. Pasal... 

Asal Jemah post je Jemah nak bebel. Mesti nak bebel. 

Hooo laahhh! Kalau tak, aku tak post entri kat sini. Kali ni bukan sekadar bebelan biasa. Ini bebelan tahap Marvel Avenger kau! 

Tadi, baru je tadi. Aku nak post segmen 'tips' aku lahh. Tajuk dia Tips Menyerikan wajah. Taip punya taip, aku ingatkan nak selitlah ayat al-quran yang boleh digunakan untuk menyerikan wajah ye dok. Aku pun carilah ayat berkenaan dalam google. Tiba-tiba mata aku macam kena skrew kat satu result ni. Kan dia ade description sikit kan pasal ape yang ade. Aku terbaca macam si blogger tu kata menggunakan Surah yusuf ni adalah ilmu sihir. What the fishh? Aku terkejut gila tahap Captain America lahh! 

Lek. Jangan tumbuk lagi. Aku pun bukak lah blog tu.

Aku baca lah entri dia pasal seri muka. Blah blah blah. Aku scroll. Scroll lagi. Dan lagi. Sampai habis entri tu. Aku rasa tak best dah ni baca blog ni. Macam lain macam je. Pelik entri dia kalah Hulk okayy. Dia punya ayat tu ending dia siap kata yang dia tahu dia sorang je blogger kata gitu.

Menurut beliau membaca doa ketika melihat cermin adalah ilmu sihir. Berat laaa. Betul ke? Aku dah mula kompius. Tertanya tanya jugak kan. Sebab aku tengok komen komen tu orang panggil dia ustaz. Tapi takut jugak kann. Takut ustaz segera. Marketing ilmu sesat. Manalah tau kann? So, aku capture lah ape dia cakap dan terus whatsapp kat ustaz aku. At last ustaz aku kata, jangan percaya blog tu.

So? Pengajaran pertama. Jangan jadi pentarbiyah tanpa ditarbiyah. Maksudnya, jangan membuat spekulasi sendiri tentang sesuatu ilmu yang kau baru dapat sikit. Nanti kau akan pertikai pelbagai benda. Terutamanya isu agama. Kalau tak tahu cakap je tak tahu. Tak perlu kau buat buat tahu. Jangan jadi yang sesat lagi menyesatkan. Sama jugak dalam pelajaran. Bila tak tahu cuba tanya yang lebih arif sebelum ajar kat orang lain. Merana jawabnya.

Yang kedua. Berhati-hatilah dalam memilih blog untuk di baca. Waspada. Cuba wujudkan sedikit perasaan curious tentang ilmu. Biar kita dapat tahu dengan lebih mendalam. Sekarang ni dunia dah canggih. Go google search. Hubungi yang lebih arif. Bila dah jumpa kebenaran baru sebar ilmu tersebut. Janganlah kita jadi pengikut tanpa arah. Istilahnya taqlid semata-mata. Okayy. Taqlid ni boleh digunakan untuk ilmu tauhid. Cari sumber yang betul. Kadang-kadang bila kita pertikai ilmu tauhid ni mula lah ada yang terpesong. Nauzubillah.

Maaflah. Aku tak boleh share blog berkenaan demi menjaga aib beliau. Cuma pesanan aku, pilihlah blog yang boleh dipercayai. Kaji sesuatu sebelum membuat penilaian. Berhati-hatilah ye. Bukan semua blogger betul. Kadang-kadang menulis ikut rasa. 

NOTE: Jangan lah berkhinzir buta bila membuat sesuatu.

Facebook: Zariha ZanriQha
Twitter: @ZARIHAkeADEl
Instagram: misszariha
Ask.fm: misszsef




Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!