Lovingnur!
Follow Dashboard
Physics Memang Killer!
Tuesday, December 9, 2014 | 0Superstar (s)!


Hari aku nak terghobekk la zaman aku muda-muda dulu. Zaman SPM. Ecewahh! Maklumlah lepas SPM aku malas kemain nak update blog ni mengalahkan beruang polar di kutub utara. Macam tak kena pulak perumpamaan aku ni. Abaikan. So, di kesempatan ini aku nak cerita kat korang pengalaman hitam aku. Bukan senang aku nak cerita tentang hidup aku. Yelaa. Tiada cerita menarik yang boleh aku kongsikan.

Pada exam fizik. Aku tak ingatlah berapa hari bulan. Dari segi teori biologi badan aku lahh kan, asal sebut fizik ni automatik aku rasa macam nak muntah-muntah nak cirit-birit bagai. Aku pun taktau kenape. Tapi sumpahh! Memang aku tak suka subjek ni. Cikgu okay. Kengkawan okay. Yang tak okaynye otak aku. Sebab? Aku rasa fizik ni terlalu banyak teori dan perlu aplikasi dan kira-kira dia setaraf matematik tambahan (satu lagi subjek yang boleh membuat aku mutasi). 

Esok nak exam ni, bapokk la debor nyee. Beriye laa aku study fizik. Aku nak A. Tapi waktu tu kan cuaca macam duduk planet marikh (aku bantai je ni) sekejap hujan sekejap panas gilaa. Memang musim orang batuk, selsema demam lahh kan. So, aku pun ter kena jugak virus batuk ni. Kalau dalam dewan tu, boleh jadi kumpulan okestra dah. Kejap orang depan batuk lepas tu bersambung sambung lahaii. 

Aku abaikan semua tu demi fizik malam tu. Mungkin aku terlalu stress. Tiba-tiba aku terbersin. Sekali. Dua. Tiga. Tak boleh jadi. Aku dah nak selsema pulak. "Zariha okay? Jangan demam pulak esok. Nak demam Jumaat, Sabtu Ahad ada." kata cikgu Ridhwan sambil tersenyum sebelum aku keluar kelas malam tu. Aku pun senyum jelah sambil berkata dalam hati, "comel cikgu aku ni."

Nak dijadikan cerita, aku ni parah sikit. Kalau batuk plus selsema aku ni sesak nafas. Lelah barangkali. Nak mengelakkan insiden berikut daripada berlaku, aku pun jumpalah Cikgu Wan merangkap warden aku. Aku pun mintaklah dekat dia ubat selsema. Dia pun hulurlah dekat aku dua jenis ubat, 'IBUPROFEN' dan 'LO..' Lo ape tah aku tak ingat lah pulak. Dia suruh aku makan malam tu dua dua ubat tu sebelum tidur. Aku pun follow laa. 

Insidennya bermula..
4.00 pagi. Aku bangun cam biasa. Tapi aku rasa mata aku berat sangat. Aku pun gosok gosok lah mata. Aku rasa macam ade yang tak kena. Aku terus pergi tandas. Tengok cermin.

O...M....G....!!

Muka aku kahh ini? Mata aku memang bengkak gila tahap gaban (tahap pengiraan di Malaysia). Nak menangis pun ada. Tapi aku cuak sebenarnya. Aku nak exam ni. Physics!

7.00 pagi. Aku pergi sekolah. Mata tak hilang lagi bengkak. Surut sikitla. Tinggal sepet je. Tapi nampak macam anak jepun. Walaweii! Rasa macam nak pergi tukar IC je sekarang. Aku okay je. Takde pulak simptom-simptom macam nak mati ke hape waktu tu. Cuma segan menebal. Rasa nak pakai topeng Power Rangers je waktu tu.

Hari tu aku jadi tumpuan ramai. Rasa pemes. Masuk dewan pengawas care. Rasa special siott! Cikgu pun care. Tapi aku sengsaraaaaaaa.

Paper 1 berlalu. Otak aku celaru. Tapi okay..

Paper 2. Setengah jam masa nak habis tiba-tiba aku rasa sakit kepala. Sakit gila! Nasib dah siap jawab. Keluar dewan muka aku macam nak telan orang. Aku terus duduk sebelum rebah ke bumi ala-ala snow white.

Nak dipendekkan cerita lah kan (aku dah malas nak menaip ni). Cikgu pun bawak aku pergi klinik. Emergency!! Doktor pun kata yang aku ni allergic reaction. Allergic ubat. Doktor tu bebel bebel kat aku sebab datang klinik lambat. Dia kata boleh sesak nafas, pengsan dan seterusnya kau pikir sendiri. Aku ni berapi je. Tak payahlaa bebel kat aku. Aku nak exam ni. Last last dia suntik aku. Kan senang cerita. 

Aku pun dihantar untuk masuk ke dewan semula untuk teruskan Paper 3. And everything end. Nampak tak thrill kat situ? Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Aku tak kata soalan exam tu mudah. Tapi senanglah daripada soalan yang aku jawab sebelum ni. Cuma aku tak suka orang tanya aku pasal fizik lagi sebab aku rasa it will kill me dan aku cuak dengan result nanti. Entah cemana. Aku jawab dalam keadaan celaru. Kalau ada rezeki ada lahh.

NOTE : Jangan study last minit, nanti kau jugak yang gelabah. Jagalah kesihatan semasa exam.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!