Lovingnur!
Follow Dashboard
Teh dan Asid.
Wednesday, December 10, 2014 | 0Superstar (s)!


Nak dijadikan cerita. Semalam aku pergi breakfast dengan kawan-kawan aku dekat satu kedai ni. Saje lahh konon nak lepak dengan kengkawan. So, sebabkan breakfast memasing order nasi lemak dengan teh 'O panas. Kalau nak ikutkan nafsu serakah memasing memang ayam golek, kambing golek, kerbau golek segala benda yang boleh digolekkanlah dah order (melampau nau aku ni).

Tipikal lah kedai makan kat malaysia ni kan air sampai dulu. "Terima kasih kak." Bagus pulak si Diba ni. Budi bahasa tu budaya kita. Ucaplah 'terima kasih' tanda kita menghargai ape yang orang tu buat untuk kita. Kan bagus cenggitu. Cuba kau bayangkan kalau akak tu tak hantar air, kau kena ambik sendiri kat dapur dia, tak ke menyusahkan kau?

Dengan pelahapnye (gelojoh) aku minum air yang sampai tu. "Hoii! Panas bak hang! Terbakaq mulut aku!" aku pun meluahkan isi hati aku dengan separuh jeritan sebab air tu panas sangat. Kawan-kawan aku gelak je tanpa respond ape-ape. Tibe-tibe ade bubble bubble talk keluar dari kepala aku. Muncullah muka ustazah aku sambil berkata, "salah satu punca lidah kita susah nak sebut ayat-ayat Allah ni kerana kita selalu minum air yang terlalu panas." (kau dapat bayangkan tak cemane bubble tu?)

Aku tersenyum sendiri. Jadi, aku pun memuncungkan bibir aku get ready nak tiup teh panas tu. Feeling dah ni. 1, 2, 3. "Jangannnnnn!" Aku pun berhenti sambil terkebil-kebil mohon penjelasan dari Liza. "Kita tak boleh la tiup air yang panas." "Pasaipa pulak?" "Entah. Aku pun taktau. Mak aku kata."

Jadi apa sebenarnya disebalik larangan meniup air yang panas?

Begini. Apabila kita meniup, mulut kita akan melepaskan karbon dioksida kan? Bila karbon dioksida tu bergabung dengan air tadi, ia akan menghasilkan air yang berasid. Aku taknak terang lebih. Kau baca sendiri kat SINI. Usaha sikit bro. Kau nak tau rajin sikit explore dunia maya ni. Aku taknak memanjang entri aku je. Cuma nak bukak minda kita semua. 

Islam itu lengkap bukan? Bukankah Rasulullah pernah bersabda:

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Al-Tirmidzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, dan hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani
Dan juga hadits Abu Sa'id al-Khudri radliyallah 'anhu, Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk meniup di dalam air minum." (HR. al-Tirmidzi no. 1887 dan beliau menyahihkannya)

Imam Nawawi pernah menjelaskan bahawa, “Larangan bernafas dalam wadah air minum adalah termasuk etika kerana dikhawatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dikhawatirkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang jatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu."  [sumber: halaqah.net]


Get it? Okay. Semoga sedikit perkongsian ni dapat membantu semua. Jika sayang Rasulullah, amalkan sunnahnya. Wallahualam.


NOTE: Sabar. Thats the point. Tunggu air tu sejuk kan lebih baik. Tak perlu duckface depan rezeki. *senyum*





Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!