Lovingnur!
Follow Dashboard
Beb! Wa tak sengaja beb!
Saturday, August 30, 2014 | 0Superstar (s)!


Sameon: "Beb! Cemane ni beb. Wa tak sengaja!"

Mail: "Lu pehal? Tak sengaja apa bro?"

Sameon: "Aku bunuh dia?"

Mail: "Laaa! Bila? Wa tak nampak pun. Mati ke?

Sameon: "Tadi. Entah laa. Hehehe."

Dialog hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan sama ada yang hidup ataupun meninggal dunia atau di copy di mana-mana. Iklan di atas dibawakan khas oleh OLAY. "Kerana dirimu begitu berharga."

Nampak tak ape yang aku nak sampaikan sebenarnya? Get it? Hahaha. Suspen tak intro aku? Baik korang angguk

Sebenarnya ini hanyalah perkongsian ilmu yang aku ada. Actually bersumberkan buku teks Syariah Islamiah Tingkatan 5. Aku setadi ni nak kasi masuk. So, aku share lah dengan korang. Nak bagi ingatlah kononnya. "Saya daie, bukan mufti".
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِناً إِلاَّ خَطَئاً وَمَن قَتَلَ مُؤْمِناً خَطَئاً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلاَّ أَن يَصَّدَّقُواْ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مْؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةً فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللّهِ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  An Nisa : 92
Ayat ni diturunkan ketika seorang sahabat yang bernama أسامة sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang musyrik ketika perang. Waktu أسامة ni mengangkat pedangnya, tiba-tiba si lelaki ni mengucap dua kalimah syahadah. أسامة pun tidak menghiraukan lalu terus membunuhnya. Apabila sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, baginda bertanya kepada أسامة , adakah dia membunuh lelaki itu selepas lelaki itu mengucapkan syahadah? أسامة pun menjawab bahawa lelaki itu hanya mahu melepaskan dirinya sahaja. Rasulullah SAW menyatakan bahawa perbuatan أسامة ini adalah perbuatan tersalah ijtihad.

MEMBUNUH TANPA SENGAJA. Itulah perkara yang aku nak share. Serba sedikitlaa. Pasal hukumnya.

Seperti yang uolls dan iolls tau kann, kalau kita bunuh seseorang dengan sengaja atau dengan niat, kita akan dikenakan qisas (bunuh balasan) atau bahasa kampungnya, hukum bunuh la. Tapi hukumnya berbeza kalau kita TERbunuh, TAK sengaja macam iklan tadi. Baling pensil je pun. Tup tup mati. Dah ajal ye dok? Pembunuh yang tak sengaja ni hukumannya ada dua sama ada kafarah (denda) atau diyah (pampasan) atau kedua-duanya sekali.

Ehhh! Acano pulak nak tau sengaja ke tidoknyee? Aishh. Segala amalan kita kan berdasarkan niat. Anda tahu niat anda. Okayy. Cenggini. Membunuh ade 3 kategori. Iaitu:

  • Sengaja ( عمد )
    Yang ni korang mesti tau punyaa. Hang dah baling pisau kat dia lepaih tu hang nak habaq hang tak sengaja? Itu menipu. Kalau kau dah guna benda yang biasanya boleh membunuh macam pisau ke pistol ke meshinggan ke senapang gajah ke, tu dah kira membunuh dengan sengaja okay? So, by hook or by crook, kompem kau kena qisas. Wajib! Tapi ann, andai kata keluarga si mati tu maafkan korang dan dia taknak engko kena qisas, kau  kena bayar diyah. Acaner diyah, kang aku explain.
  • Menyerupai sengaja ( شبه عمد )
    Yang ni macam iklan kat atas laa. Kau ketuk dia dengan botol seamaster, tiba-tiba dia mati. Aiyokk! Tak tau. Siapa buat. Kau ingat nak gurau gurau je. Nak kemek kan botol. Almakelumlah engko kan takde keje. Tapi dah mati kan? Tetap ade hukumannya kerana Islam sangat menjaga jiwa manusia. Kau wajib bayar diyah tapi tak wajib qisas. Ehh. Diyah tu bayar share share dengan family tau. Mak kau bayar sikit, adik kau bayar sikit.
  • Tidak sengaja ( غير عمد )
    Ni pulak macam biasa masuk kat dalam sokkabor. Pemburu ingatkan rusa, rupanya orang. Dah tertembak. Haihh. Nasib badan. Hukumannya, pemburu ni WAJIB bayar kafarah iaitu membebaskan seorang hamba. Lepas tu wajib membayar diyah tapi tak perlu qisas laa. Diyah tu kena share share jugak dan bagi secara beransur-ansur selama 3 tahun. 
Hukum untuk tidak sengaja ni berbeza mengikut siapa si mati tu. Kalau dia Islam dan kita bunuh dia di negara Islam, maka seperti di atas. Sama jugak kalau si mati adalah orang kafir معاهد (yang mempunyai perjanjian dengan orang Islam) atau kafir ذمي (berada dalam negara Islam dan membuat perjanjian dengan pemerintah Islam). Berbeza pulak kalau kita terbunuh orang kafir di negara kafir, kita perlu membebaskan seorang hamba yang mukmin.

"Ehh! Jemah. Acano nak cari hamba sekarang ni? Wujud lagi ke? Yang mukmin pulak tu."

Siapa suruh kau bunuh orang? Hahaha. Camni. Ayat kan ade menerangkan, kalau tak mampu kena puasa 2 bulan BERTURUT-TURUT ye. Ulang! BERTURUT-TURUT. Paham? Maksudnya non-stop laa. 2 bulan direct puasa. Kalau skip satu hari kena ulang kiraan dari awal. Paham tak? Kalau tak paham kau tolonglah mintak yang lebih arif menerangkan kerana entry aku sudah panjang. Ade yang juling karang.

Cemana ulama' boleh letak hukum cemni. Kau tengok balik ayat tadi. Kalimah 'وَمَا' bermaksud larangan. Setiap larangan adalah haram. Maka, pembunuhan adalah haram dan dilarang. Kalimah 'إلا' bermaksud kecuali. Menunjukkan pengecualian daripada Allah. Maka, pembunuhan yang tidak sengaja, tidak berdosa.

"Diyah tu cemana?"

Ada 5 bentuk. 
  1. 20 ekor anak unta betina masuk tahun kedua
  2. atau tahun ketiga
  3. atau masuk tahun keempat
  4. atau masuk tahun kelima
Diyah ni dibebankan kepada keluarga pembunuh. Diberi masa selama tiga tahun. Tapi kalau cam kat Malaysia ni, unta pon tarak, bayar lah setara dengan harga diyah yang sepatutnya.

Ada paham semua? Sekian sahaja dari saya insan qudus. Hahahaha.

NOTE: Janganlah kau buat dunia ni macam kau punya nak bunuh sana sini! ANTI-ZIONIST! Allahuakbar!




Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!