Lovingnur!
Follow Dashboard
Teratai Tak Berdosa.
Tuesday, December 16, 2014 | 0Superstar (s)!


Tajuk aku dah macam orang nak buat karangan sastera 250 muka surat. Kemain kauu!

Baru je tadi, ada sedikit kekecohan dekat group whatsapp aku. Aku pun bukak laa. Rupa-rupanya pasal sejenis penyakit pelik. Aku namakan "Penyakit Bunga Teratai". Actually, bukan aku bagi nama tu ramai dah orang guna. Cemana rupa dia aku taknak mencemarkan blog aku dengan rupa penyakit sedemikian rupa. So, go Google Search maaa. Jangan malas!

Okay. Maybe korang akan google sekejap lagi. 

Sambung cerita, bila tengok gambar yang kawan aku send tu aku teringat mak aku pernah cakap pasal penyakit ni masa dia melawat aku time SPM dulu. Waktu tu aku macam kagum pun ada pasal penyakit ni. Tapi aku tak pernah tengok lagi lah rupa dia cemana sebab aku pun terperuk je kat sekolah tu tanpa info. Krikk krikk.

So, aku ni jenis curious memanjang. Bila bukak whatsapp tu aku tak puas hati sebab caption gambar tu agak merepek laa. Sebab minum milo laa hape laa. Tahh la. Aku pun google search. Aku taip 'Penyakit Bunga Teratai'. Ada lahh beberapa info kat situ. Tapi tak banyak. Yang aku jumpa hanyalah blogger blogger yang menulis entri tentang penyakit tu. Mana dia dapat info pun aku taktau. Yang aku tau penyakit ni memang femes gila kalah Kiah Tong Gas dekat facebook.

Alang-alang ni kan aku nak nasihatkan jugak sebahagian blogger agar tidak MEMBABI BUTA tulis entri. Mohon! Benda-benda macam ni lah boleh menimbulkan fitnah. Kalau penyakit ni takpe. Ni gossip je sana sini. Pum pang pum pang kata orang sana sini. Entah betul ke tidak. Kau nak saham dosa ke? Taktau buat cara taktau laa. Lain kali cari maklumat, analisis, baru buat entri. Kalau kau rasa tu pendapat kau tak salah kalau kau kata itu hanya andaian kau yang menjadi kesalahannya bila kau buat buat tau. Take note semua. Pesanan untuk aku jugak.

Haa. Terasa ke? Omputih kata "who ate the chillies they feel the spicy". Jangan ambil hati. Hanya menegur secara kasar sedikit. Okay sekian.

Kembali pada tajuk kita ye. Berdasarkan pada apa yang aku google, penyakit ni hanyalah REKAAN sesetengah pihak yang aku sendiri pun taktau apa motif dia. Nak takut kan orang ke? Nak tunjuk pro edit gambar ke? Nak nasihatkan orang ke? Okayy. Kita husnudzon (sangka baik) jelaa. Mungkin nak bagi nasihat kepada kita supaya menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tapi ini bukan cara yang baik ye habang dan hakak! Pada pendapat aku laa. Benda ni mungkin berpunca dari kita yang bersikap suka ambil mudah. Ambil info sekerat jalan. Lepas tu sebar. Haa! Ni penyakit dia. 

Lepas aku jumpa pasal satu website ni yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah rekaan semata-mata, aku terjumpa satu perkataan yang berkaitan iaitu 'TRYPOPHOBIA'. Aku pun explore selanjutnya.

Trypophobia. Kau boleh nampak perkataan phobia kan? Ikut lidah melayu kita ni fobia. Fobia tu takut ye dok? So, benda ni ada kaitan dengan ketakutan. Trypophobia adalah ketakutan terhadap sekelompok lubang. Kau paham apa tu? Kau bayangkan lubang teratai tu. Haa! Gitu laa. Nampak dah perkaitan di situ? Omputih ni diorang mengkaji tentang ketakutan ni. Maka, ramai antara diorang ni mungkin menguji pale hotak dengan gambar yang berlubang-lubang seperti teratai, span, moist cake dan sebagainya untuk menentukan sama ada diorang ni tergolong dalam golongan trypophobian.

Dapat kat kita apa jadi? Editlaa gambar teratai paste atas tangan orang, kepala orang, mata orang. Buat caption mengarut ngarut, sebar. Penyakit jugak ni. Propaphilia (nama rekaan aku je ni). Ye. Aku tak cakap penyakit ni mustahil. Segalanya kuasa Allah.

So, ape pesanan aku sebenarnya? Pertama, jangan mudah tertipu wahai habangg dan hakakk sekalian. Maklumat di hujung jari kann? Cari kebenaran! Jangan malaslaaa. Cemana kau nak berjaya? Ni asyik kena tipu je. Tak boleh jadi jugak. Ada masuk telebisen (televisyen) takk? Takde kan? Yang kedua, bila kau tak pasti, jangan sebar boleh tak? Tak salah pun kalau kau dapat lepas tu delete. Tak salah jugak kalau kau bertanya orang yang tau pasal apa yang kau dapat. Malu bertanya sesat jalan beb. Last sekali, kau nak edit sana sini apahal? Apa kau dapat? Bukak minda laa weyy. Jangan jadi jumud dengan teknologi. Use it wisely. 

Mintak maaf lah ye. Entri aku kali ni memang agak kasar sikit. Aku tak kata aku bagus sangat. Tapi sama-sama mengingati. See? Benda kecik je kan? Sebab salah kita, TERATAI TAK BERDOSA jadi penyakit!

NOTE: Jangan nak cepat melatah sangat ye!


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!