Lovingnur!
Follow Dashboard
Aku punya raya aku punya suka laa!
Friday, August 1, 2014 | 0Superstar (s)!


Hye peeps! How are you today? Fine? Fine? Macam mana raya? Okay? Mood raya on? Homework pekabor? Hahahaha! Potong kann? Banyak soal pulak aku ni. Maaf maaf. Aku memang begini. Daaaakuuuuuu... *petir* 

"Woii! Punch line tak sampai woi! Boo!"

Diamlah kau! Go away Jemah! *ala-ala Elsa* 

Makelumlah di sini saya bukan TUKANG KARUT atau BADUT di tepi jamban saya hanya seorang insan kudus yang comel lagi bergaya. Kahkahkahkah! *guling guling* Dahh! Aku memang suka mengarut kann. Well you know me. 

AMARAN:
Sebarang insiden kematian, sakit jantung, sakit hati, sakit limfa, peparu dan sebagainya setelah membaca blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Amende aku nak tulis sebenarnya? Ape ekk? Aku lupa. Tak! Sebenarnya aku tak tau nak start guane, 

Al-kisahhhhhhh...

"Baby. Selamat hari raya. Maafkan sayang ye kalau ada buat salah sepanjang hubungan kita. Halalkan makan minum baby tau. Bla bla bla bla." kata Sameon kepada kekasih hatinya, Markonah.

Senah yang dari tadi melihat tindak-tanduk sepupunya itu hanya menjeling tidak puas hati. "Macamlah dia bini engko!" desisnya. 

"Sayang tengah buat ketupat ni dengan family yang lain..."

Senah tersentak! "Aik! Mamat ni. Hiperbola nampak. Dari tadi aku tengok terbaring je. Bercakap dengan orang lain pun tidak inikan pulak nak buat ketupat. Mimpi ke hape?"

"Okayy. Bye baby. Love you till jannah." Sameon memutuskan talian. Dengan pantas, secepat kilat, selaju ribut taufan, sekencang tornado, Senah menegur sepupunya itu. "Sam, lama tak nampak kau. Kau macam mana sekarang? Study okay?" Senah cuba mencucuk jarum murninya. Sebaliknya Sam hanya membalas dengan jelingan yang tajam. Sangat tajam. Seperti hujung pedang seorang samurai, bilah keris seorang pendekar, mata pisau si penjual daging kambing. Ahh! Hiperbola terlampau.

Hati Senah membara bak api yang....(hiperbola tersebut ni halaman yang lain). Dia hilang sabar. Terus meluahkan rasanya. "Ehh Sameon! Aku tegur engko memolek je. Inilah remaja sekarang. Kalau dah menghadap gadget tu tak ingat dunia. Cubalah kau bangun pergi salam mak long, pak ngah, tolong kacau dodol ke? Ini tak, dok sembang dengan awek kau kencang! Mana Sam yang aku kenal dulu? Peramah. Rajin." "Kau diam lah Ena! Aku punya raya, aku punya suka laa!" teriak si Sameon. Habis bergegar satu rumah. 

~THE END~

Itu cerita si Sameon dan si Senah. Aku yakin, kompem dan pasti korang pun menghadapi perkara yang sama. Sama ada engko spesis si Senah atau seKingdom dengan si Sameon.

Remaja dengan gadget memang tak dapat dipisahkan. Bagai jalan jammed dengan hari raya. Ye dok? Tanpa kita sedari gadget-gadget ini telah memusnahkan adat dan nilai-nilai murni dalam diri orang melayu dari nenek moyang turun temurun kita. 

Ingat tak dedolu, raya kita meriah gilaa! Raya tu macam kau dapat seluruh harta pusaka kat muka bumi ni. Bahagia nokk! (bukan tenuk yang dimaksudkan) Malam raya tu kecoh satu rumah! "Ehh! Lemang tu hangit da!" Pagi raya tu ramailaa bebudak kekecik cecomel cenonet ni datang beraya. "Assaaaalaaamualaikummmmmm. Kami datang nak berayaaaaaa." 

Tapi sekarang tak macam dulu. Malam raya semua sibuk dengan gadget memasing. Yelahh! Lemang dah beli. Ketupat dah beli. Rendang dah beli. Pagi raya pulak, takde dah bebudak datang beraya. Ehh! Bukan takde laa. Melampau sangat tu. Tapi kuranglaa. Kalau ade pun spesis cenggini. "Assaaalaaamualaikummmm. Kami datang nak duit raya." Jenis mata duitan! Hahahaha.

So, aku nak pesan ni Jemah oii! Sudah sudah lah tu. Hentikan semua ini! Bergadget itu tak salah, yang salahnye waktu korang bergadget tu. Rancanglah dengan baik. Time orang beramah mesra, bertegur sapa, letaklah gadget engkorang tu jejauh sikit. Kang 'kling' sekali kau tengok berkali-kali. Ye dok?

Korang sedar tak, bahan elektronik kau tu (bahan ke?) ada radioactive. Betul ke tidok aku pun dok tau. Orang kata lah kann. Tapi apa salahnya kita ambik precaution step. Cehh! Macam experiment biology pulak dah.

Itu yang pertama. Baru satu kan? Hhahaha. 

"Panjangnyaaaa entri engko kali ni."

"Bukan kau ni spesis yang malas menaip kaa?"

Bekpi aku laa! Hang sibuk pasaipa? Yang kedua ni aku malas nak kupas pepanjang. Memasing dah hado hotak boleh pikiaq. 

Cinta. Yeahh! Itu fitrah. Jangan lawan fitrah! Ingat tu. Tapi kawal laa. Tolong kawal. 

Ketiga! Menipu. Ecewahh engko. Cakap kat gf lain. Tipu sunat katanya. Vertebra hang! Hahaha. Jujurlah sayanggggg, aku tak mengapaaaa. Biar semuaaaaa... *guruh* Kemonlahh babe. Be matured. Jangan menipu. Kurus puasa hang tau dok!

Oleh itu, marilah kita sama sama membuat anjakan paradigma dalam diri memasing. Semoga kita akan menjadi insan yang disayangi. Marilah sama-sama tadah tangan..
Bismillahirahmanirahim. Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui, Kau eratkanlah hubungan kekeluargaan kami. Kau tingkatkanlah nilai perpaduan dalam diri kami agar bangsa, agama dan negara kami kekal utuh dan teguh. Ya Allah yang Maha Mengasihani, kau lindungilah saudara-saudara kami yang berada di Gaza. Berikanlah mereka ketenangan dan keamanan. Ameen Ya Rabbal `Alamin.
NOTE: Selamat hari raya! Beraya beraya jugak, jaga ikhtilat, jaga aurat.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!