Lovingnur!
Follow Dashboard
Bebaskan....
Wednesday, November 26, 2014 | 0Superstar (s)!




Bebaskannnn... Bebaskann... Acewahh. Aku ni dari gua mana yang macam terkurung sangat je gayanya. 

Lama kan gua tak hapdet belog ni. Sebenarnya aku dalam peperangan. Pejuang ni. Hahahaha. Wirawati negara ni bro. Lu apehal? Tak puas hati?

25 November aku dilepaskan dari tahanan SPM. Macam tak percaya je aku dah habis SPM. Aku rasa macam baru semalam aku daftar tingkatan 1 tiba-tiba dah habis.

Komen aku tentang SPM tahun ni...
Susah bro!
Susah.
Ke aku je yang rasa susah?
Tahlahh.

Alhamdulillah. Aku boleh jawab semua soalan tu. Jawab tu memanglah boleh ye dok? Betul tu tah lahh. 

Wehh kawan kawan. Ingat tak?

Tipikalnya kan kita ni nak dekat exam, masa exam dekat sangat dengan Allah. Sangat. Akrab. Rapat. Hari-hari tahajud. Doa dekat Allah. Sungguh-sungguh doa. Nak straight A's. Taknak terhijab. Permudahkan menjawab. Waktu tu baik sangat dengan Allah. Sebab apa? Nak exam. Takut. Allah Maha berkuasa kan. 

Tapi habis je exam, "Ya Allah, kejap nak tengok korea." "Ya Allah, kejap nak racing kejap." Ibadah yang kita buat selama ni kita tinggal macam tu je. Tangguh untuk dunia. 

Sahabat, ini pesanan dariku untukmu dan untukku. Istiqamahlah dalam ibadah. Biar ibadah tu kecil, sedikit tapi kita istiqamah. Barulah kita akan merasai halawatul iman. Yelahh. Bukan mudah nak istiqamah ye dok? Di situ lah pentingnya keikhlasan dalam ibadah. Betulkan niat sebelum melakukan sesuatu. 'Lillahita'ala' tu penting.

Sayangi dirimu kerana dirimu begitu berharga..

Lastly, aku tinggalkan korang dengan doa ini.


NOTE: Cuti dah bermula, jaga diri dan hati wahai sahabat. Aku pun akan cuba istiqamah untuk menghapdate belog ni. 



Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!