Lovingnur!
Follow Dashboard
Bantu Bukan Membatu!
Friday, December 26, 2014 | 1Superstar (s)!

Apa khabar Malaysia? Apa khabar readers sekalian? Hmm. Harini Mak Jemah nak bebel lah sikit. Tak banyak. Sikit je. Ehhh! Geramnyee rasa.


Kau ada twitter, facebook, instagram, whatsapp bagai kan? Korang nampak tak apa yang berlaku kat Malaysia sekarang ni? Kau nampak tak apa yang aku nampak?  


Aku tak paham jugak ape yang diorang nak sebenarnye. Yang jenis tabur fitnah. Yang jenis mengapikan orang. Yang jenis cakap berapi tapi bila suruh buat habuk pun tak boleh. Kau nak ape hah sebenarnye? Publisiti murahan. 


Masa orang sibuk berdoa, kau sibuk kutuk sana-sini. Apa yang kau dapat? Janganlah sebar sesuatu yang kau sendiri pun tak pasti kebenarannya. 


Korang ada dengar tak pasal ada satu hamba Allah ni mengeluarkan statement kat facebook yang kata satu pusat pemindahan banjir dekat Kelantan runtuh. Sekolah Manik Urai tak silap aku. What the fish? Aku tak paham dia ni nak apa. Allahu. Kita sepatutnya mendoakan keselamatan mereka bukannya reka cerita yang entah hape hape tentang mereka. Nyawa orang tu. Kau takde hati ke? Serius! Aku terkilan dengan orang spesis ni. Akibatnya?




Tersebar bukan? Satu lagi isu. Maaflah kalau aku terlalu lantang berbicara hal ni. Tapi bagi sudut pandangan aku, waktu sekarang ni, tak perlulah kita nak babitkan isu politik. Aku rasa isu ini terlalu sensitif untuk aku sentuh, Tapi fikirlah wahai rakyat Malaysia sekalian. Apa jua yang kita pangkah dalam kertas undi tak bermakna kita tak boleh bekerjasama. Binalah jambatan bukan tembok. Sekarang bukan masanya kita nak bermusuhan salahkan antara satu sama lain. Sedar tak ada satu pihak sedang bertepuk tangan? Siapa? Syaitan. Nauzubillah.


Last but not least. Maaf aku cakap. Yang ni jenis mangkuk tingkat. Tak habis habis bash orang kat twitter kat facebook. Orang post pasal banjir kutuk. Orang post pasal bantuan kutuk. Dah tu orang nak post pasal kau? 


Apa pun perangai. Back to Islam. Apa Islam ajar kita? Sabar. Sangka baik. Segalanya ujian Allah pada kita. Dalam banjir ni, kita masih lagi ada anggota penyelamat, pusat pemindahan banjir. Takdelah tenggelam tak timbul-timbul dalam banjir kan? Allah itu penyayang sifatNya. Mungkin musibah ini nak mengingatkan kita semua pada Allah. 


So, apa boleh kita buat? Doa jangan putus. Hanya Allah yang dapat bantu kita. Lagi satu, yang nak derma derma boleh jugak. 





Nak jadi volunteer pun boleh jugak. Dari korang takde kerja lepas SPM kan? Apa salahnya berkorban untuk negara. Tak masuk khidmat negara pun boleh berkhidmat ape.





Okay dah. Mungkin kalau ada apa apa bantuan lagi aku tolong sampaikan. In shaa Allah. Aku tinggalkan korang dengan satu quotation.

"If you can't volunteer, you can donate, if you can't donate, you can always pray for their safety. Even the littlest things count."

NOTE: Buatlah sesuatu jangan membatu. Kalau tak membantu, jangan jadi batu. Batu api.






Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!