Lovingnur!
Follow Dashboard
Murah? Maruah mana?
Sunday, January 11, 2015 | 1Superstar (s)!


Eheh. Apa yang kecoh sangat pasal perempuan peluk artis tu? Aku rasa ini bukan pertama kali. Cuma pertama kali diviralkan. Selama ni yang dekat cinema semua tu kau diam pulak? Kat tv macam mana pulak?

Takde apa yang aku nak cakapkan. Fikirlah wahai daie-daie sekalian. 

Aku copy whole post daripada mato. Baca. Hayati. Buka minda anda.

Setelah berura-ura untuk duduk diam dan perhati, saya dapati ada banyak perkara yang saya rasa tak sedap hati, tak sedap mata memandang, tak sedap serba serbi.

Tak tahu nak cakap apa. Tak tahu nak mula dari mana.

Cumanya nanti kalau saya dah mula, memang risau juga ada yang bengang tak tentu hala. Jadi bolehlah berkira-kira untuk tinggalkan blog saya yang serba putih ni.
[ENTRI INI DITUJUKAN KHUSUS UNTUK PARA DUAAT]

p/s: duaat = jamak bagi daie. | jamak = banyak | daie = pendakwah


Bagi seorang yang telah diajar bermusafir keluar negara seawal usia tak cecah dua angka, ada banyak yang saya nampak, ada banyak yang saya perhati.


Jadi berdasarkan pemerhatian kebudak-budakan saya, ini bukan benda baru. I mean, this hugging-hugging thingy.


Tak payah sembang jauh-jauh. Tak payah nak kencang sangat panggil orang dayus, kata orang tak ada maruah.

Tak payah nak 'murahkan' diri sendiri dengan 'memurahkan' orang lain.

Aku ada kakak dan adik-adik. Adik-adik aku semua perempuan. aku dibesarkan dalam keadaan ramai perempuan di sekeliling. Aku belajar banyak perkara.


Seiring dengan itu, tarbiyah membentuk aku, bahawa adalah sangat hina bagi orang yang bawa Islam (baca: pendakwah) melihat orang yang juga bawa Islam, suka-suka hati menghinakan orang yang tak capai tahap kefahamannya tentang Islam.


Sekianlah.

Aku tak nak formal-formal sangat menulis tengah malam pun takkan nak formal-formal.




Tapi seriuslah.

Adegan peluk cium ni bukan benda baru brother, sister. Sentuh-sentuh, raba sana-sini. Ini semua benda lama. Tapinya kita dah terdidik, bila ada satu hot issue baru semua nak tumpu.

Tak payah cakap pasal apa yang jadi baru-baru ni, benda ni dah lama dah. Bukan benda baru lelaki perempuan peluk-peluk, main sentuh-sentuh, main pegang itu ini, main-main lah apa benda lagi yang diorang nak main.

Tak payah tengok yang dalam tv. Pergi jalan-jalan kat shopping mall, pergi dekat tempat orang beli tiket wayang. Ahh tak payah jauh-jauh, pergi saja pasar malam, Tak pun buka saja apa-apa social networking sites, tak payah tengok yang umur dua puluh tahun ke atas, tengok yang sekolah rendah pun dah berani upload gambar kurang moral masuk instagram, masuk facebook, masuk twitter dan apa benda lagilah yang aku pun tak tahu.


Ini bukan masalah melayu. Bukan.
Ini bukan masalah dia pakai tudung atau tidak. Bukan.
Ini bukan masalah baru. Bukan.


Ini masalah ummah.


Aku berani kata. Jangan salahkan pakaian kalau akhlak si pemakai yang tak baik. Tapi, ada tapi. Jangan risau. Aku tak pernah diajar untuk menangkan sebelah pihak. Ini bukan win-win situation. Ini lose-lose situation.

Okey ulang semula.


Jangan salahkan pakaian kalau akhlak si pemakai yang tak baik. Tapi, apa yang kita pakai cerminan pada diri.

Kalau berjubah berkopiah tapi suka caci maki. Atas dasar dakwah kononnya.

Dakwah kebende? Malukan agama.



Aku dah lama taknak guna cara kasar, sebab aku rasa tak suka bila tengok orang guna cara kasar dalam dakwah. Walaupun aku asalnya kasar juga. Tapi tarbiyah mematangkan. Kekeke. Okey stop.


Sabar jap. Aku taknak tulis berasaskan amarah dan emosi. Jadi jom, istighfar.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahazazim.



Aku belajar, kita nak berdakwah, kena tepat pada situasi dan keadaan.

Kalau zaman sekarang ni kita nak dakwah, mana boleh terus tekan ini haram, itu halal. Ini neraka, itu syurga. Engkau syaitan, aku malaikat. Err.



Aku taknak kita pumpang kata orang ni dayus, tak reti jaga adik, tak reti jaga isteri, biar adik beradik, isteri minat artis-artis dari Uganda, Somalia dan mana-mana tempat lagi.

Weh.

Aku taknak.

Aku taknak kita sembang kencang, tapi orang rumah kita terlibat sama, kita tak tahu satu benda.



Aku tak suka orang suka-suka gelar orang lain dayus.

Dan aku tak suka orang suka-suka panggil perempuan tak ada maruah.

Ini...


Muslimah upload gambar sebijik, kata dia tak ada maruah. Kadang tu aku tak nampak pun gambar tu boleh membangkitkan nafsu. Kadang tu gambar yang diupload punyalah formal gila. Perempuan tu cuma senyum sikit saja. Iyalah, takkan nak masam mencuka depan kamera. Bukan buat aksi menggoda, dia berdiri tegak macam askar kot!


Itu pun kalau orang boleh bernafsu, aku tak tahu siapa sebenarnya yang murah.

Tapi lagi sekali, aku taknak membelahkan mana-mana pihak. Aku bukan sexist!  Ahaha!



Cuma agak-agaklah. Engkau orang tak boleh kawal nafsu sendiri, lepas tu cakap perempuan tu tak ada maruah. Apa doh masalahnya? Menyalahkan satu pihak kerana kegagalan pihak yang lain.

Kalau macam tu, lelaki juga haram upload gambar. Sebab aku taknak adik-adik aku jatuh hati pada lelaki kacak yang senyum formal, berdiri tegak yang sangat formal seperti seorang askar yang dilatih dengan tegas dalam sekeping gambar bertemakan formal (gambar batch contohnya),



Itu satu perkara.

Kedua.


Aib seseorang yang telah terbuka, apa salahnya kita jaga? Kenapa kita nak jadi salah seorang yang turut sebar-luaskan? Untuk ambil pengajaran, okey. Tapi kalau dah tahu gambar tersebut kurang sesuai untuk dikongsi-kongsi, dah tak payah upload.

Tak bernafsu pula ye anda bila part sebar gambar-gambar macam tu? Hamboih.


Dan sebelum kita nak mengutuk, menghina orang yang buat dosa, lepas tu bagi alasan "kami benci dosanya, bukan benci dia!",

Periksa balik hati. Periksa balik semuanya.

Sebelum nak kutuk dia belakang-belakang, pergi dulu depan dia, jelaskan dia tentang dosa pahala.


Sebab level kefahaman manusia ni berbeza. Tak semestinya apa yang kita tahu, orang lain pun tahu. Dan tak semestinya apa yang kita tak tahu, orang lain pun tak tahu.


Aku bukanlah seorang yang syadid (tegas), bukan juga seorang yang ekstrim dalam dakwah. Sebab aku juga pernah lalui kehidupan jahiliyah. Aku pernah rasa dilarang keras buat sesuatu, sampai aku rasa baik buat senyap-senyap, takde orang tahu.


Aku pernah kena panggil dengan cikgu, masa darjah enam. 'Baru nak kenal dunia' kononnya. Aku malas nak cerita, sebab masa tu semua benda aku dan kawan-kawan nak cuba. Termasuklah buat benda yang Allah tak redha. Hatta anak cikgu tersebut pun terlibat sama.

Aku pernah dipukul, dirotan, disebat, dilempang, di macam-macam kan lagi. Konon 'nak basuh'. Tapi itu cuma buat aku lagi bencikan apa yang Rasulullah bawa. Kekasaran para 'duaat' lah menjauhkan aku dari agama. Aku tak salahkan mereka, sebab tarbiyah bukan untuk orang yang manja.

Tapi dari satu segi, ya, aku masih tak puas hati.

Aku benci dakwah tarbiyah.
Aku benci Islam.
Aku benci so called ustaz ustazah.
Aku benci orang yang mengaku dia pendakwah.


Sampai akhirnya ada yang sudi, sudi genggam tangan aku lagi. Sudi untuk pimpin tangan aku. Sudi untuk terus berjalan dengan aku. Sudi teman aku merangkak kembali semula kepada fitrah kejadian manusia, iaitu sukakan kebaikan.

Dia gunakan kelembutan. Dia gunakan kasih sayang. Dia ajarkan aku betapa Allah tak zalim. Allah terima taubat setiap hamba-hambaNya. Dia yakinkan aku bahawa rahmat Allah tu luas.


Lalu aku berpegang pada, kekerasan tak mampu melembutkan apa yang keras, sebaliknya ia memecahkan.



Dan dengan kesabaran dan hikmahlah, apa yang pecah itu dicantumlekatkan kembali. Lalu dibentuk menjadi sesuatu yang indah.


Dakwah perlukan masa.
Dakwah perlukan tenaga.
Dakwah perlukan kesabaran.
Dakwah perlukan ilmu.
Bukan boleh sembarangan.


Aku tak tuju pada mereka yang tak faham.
Aku tuju pada mereka yang faham, dan mereka yang cuba untuk faham.


Aku tak kata aku support orang buat dosa. Tapi aku nak kata tak semua perkara boleh ditegur dengan cara kasar.

Ya, dosa tetap dosa.
Apa yang Allah haramkan, kita tak boleh suka-suka nak halalkan.


Kalau mad'u tak masuk cara kita. Kitalah yang kena masuk cara mereka. Tak ke dalam dakwah dan tarbiyah ni, kita kena saling lengkap melengkapi?  Faham memahami? Sayang menyayangi.

Sebab kita bukannya nak masuk syurga sorang-sorang, kan?

Aku tuju entri ni pada duaat diluar sana, yang suka-suka merendahkan standard orang lain. Panggil orang lain dayus, ya, aku boleh terima seseorang itu dayus bila kena pada tempatnya. Kena pada situasi dan keadaan. Kena cara.



Disebabkan kekasaran yang antum guna, ana simpulkan, antum juga suka jika ditegur secara kasar, bukan?


Senyum.

Dulu aku pernah kata, dakwah ni seni. Semua orang ada cara sendiri.

Harini aku nak tambah.

Dan dakwah bukan untuk buat orang semakin tak berminat nak dekat dengan Allah.

Maka senikanlah seni itu, agar ia jadi satu seni yang sangat berseni.


Akhir kalam, aku mohon salah silap atas segala apa yang aku cakapkan.
Aku bukan student course agama untuk sembang pasal agama.
Aku sekolah agama pun tak lama.
Tapi ini pandangan aku.
Pandangan orang yang cetek ilmu.

Maafkan kejahilan aku,
Maafkan keegoan aku.


Salam sayang dari aku yang cetek ilmu,
Mato.

NOTE: Kita islam bukan apabila melatah, kita islam sepenuh masa.



Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!