Lovingnur!
Follow Dashboard
Baiknya Allah.
Tuesday, January 13, 2015 | 3Superstar (s)!

le owner


Harini kita muhasabah sikit jom. Kau sahabat aku kan? Kan kita dah janji nak sama-sama ke syurga. Mari pimpin tangan aku. Genggam erat. 

Sila tekan button 'play' di bawah untuk lebih feel. Eheh. Kalau loading tu maaf ye.





Sering kita lupa tujuan kita dihidupkan. 


Kita lupa siapa kita.


Kita lupa siapa yang menciptakan kita.


Tapi Dia masih sayangkan kita.


Walaupun kita tak buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang.


"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Taha 30:132]


Adakah kita sayang Allah sebagaimana sayangnya Allah kepada kita?


"Sesungguhnya Allah sangat-sangat bergembira terhadap taubat salah seorang di antara kamu jauh lebih kegembiraan salah seorang dari kalangan kamu di saat ia mendapat kembali untanya yang telah hilang." [Imam Muslim] 


"Sesungguhnya Allah merasa cemburu. Dan seorang mukmin pun cemburu. Adapun kecemburuan Allah itu bangkit tatkala seorang mukmin melakukan sesuatu yang Allah haramkan atasnya." [Imam al-Bukhari dan Muslim]


Begitu baiknya Allah terhadap makhlukNya.


Marah Allah adalah kerana sayang bukan kerana benci.


Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah setelah menciptakan makhluk, Dia tulis suatu tulisan di sampingNya di `Arasy: Kasih sayangku mengatasi kemurkaanku."


*menangis tepi katil*


Apabila seseorang hamba Allah sakit, Allah mengutuskan 4 malaikat untuk mencabut rezeki, mencabut kecantikan muka (pucat), mencabut selera makan, mencabut dosa-dosa kecil.


Setelah tiba waktu untuk sihat Allah mengarahkan semua malaikat pulang semula rezeki, wajah ceria, selera makan. Tetapi Allah tidak mengarahkan pulang kembali dosa kita


Betapa sayangnya Allah pada hambaNya.


"Jika hambaKu hendak melakukan sesuatu kejahatan, maka janganlah kalian menulisya sehingga dia melakukannya. Jika dia melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama. Jika dia meninggalkan kejahatan tersebut keranaKu, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Dan jika hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Jika dia melakukan kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali." [HR Muttafaq `Alaih]


Pernah kita bersyukur kita dijadikan sebagai umat Nabi Muhammad?


Jarang.


Atau tak pernah.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi dia akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan fikiran melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu."


Aku selalu lupa untuk bersyukur. Sahabat, ingatkan aku.


"Allah itu sayang kepada hamba-hambaNya lebih dari seorang ibu kepada anaknya."


Tapi kita sayang Allah bila kita susah.


Itupun kalau ingat.


Sayang kita bermusim.


Ya Allah. Ampunkan kami. Kami tidak mengingatiMu sebagaimana Engkau mengingati kami. Kami tidak menyahut seruanMu walau Engkau sering menyeru kami. Ampunkan kami Ya Allah. Kami berdosa. Kami hina.


*hulur tangan*


Sahabat, kita taubat? Janji dengan aku kita sama-sama ke syurga Allah. Janji dengan aku, cinta Allah yang pertama.


*kesat air mata*





Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!