Lovingnur!
Follow Dashboard
Nota untuk diri sendiri.
Tuesday, February 3, 2015 | 1Superstar (s)!


Le Owner


Nota untuk diri sendiri, Dan kepada antum yang ingin aku jumpa di Syurga nanti. Bismillah. Kadang-kadang. Kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain. Sampai kita lupa nak tarbiyah diri sendiri. Waktu mula mula disentuh 'sweet portion' of tarbiyah gitu, kita rasa happy sangat. Dan rasa macam nak sebarkan 'portion happiness' tu dekat semua orang.

"Aku bahagia!" Tapi bila dah lama dan asyik mentarbiyah orang lain, kita lupa yang diri kita sendiri sedang perlukan tarbiyah. Tarbiyah? Kalau nak hurai panjang lebar dan nak cerita kemanisan dia tu. Memang jenuh tangan nak taip. But yes. Tarbiyah ni, kuasa yang berupaya untuk mengubah. Mengubah seseorang tu jadi yang lebih baik. Dari sebelumnya. Bukan mengubah sebenarnya. Cuma menyentuh. Kerana 'kuasa' tarbiyah lah, Orang yang suka tidur lepas subuh. Makin kerap baca Al-Quran lepas subuh and usaha bangun awal. Kerana 'kuasa' tarbiyah lah, Orang yang dulunya suka cakap sembang kosong. Sekarang, dia makin kerap cakap dan buat. Beramal lillahitaala. Kerana 'kuasa' tarbiyah lah, Orang yang dulunya rasa dia lebih mulia dari orang lain. Banyak muhasabah diri dan sentiasa beristighfar kembali pada Allah setelah lama lalai dalam fantasi ciptaan sendiri. Kerana 'kuasa' tarbiyah lah, Orang yang dulu nya suka bercakap perkara sia sia yakni lagha mula menyebarkan cinta bahagia. Bahagia? Dakwah.
Kerana 'kuasa' tarbiyah lah, Orang yang dulunya berakhlak sangatlah buruk sampai kadang buat orang geleng kepala sambil mengutuk. Sekarang, jadinya persis kain putih. Suci tanpa dosa. Kerana sudah mula kembali pada Allah.
Power gila doh tarbiyah!
"Baru je berubah. Masih teruk." "Weh! Dia ada usaha. A step closer. Allah tengok usaha. Jangan pernah berhenti sebelum kaki menjejak Syurga. Melangkah lah sampai hati dah penat untuk berkata penat." Siapa yang pernah lalui zaman gelap jahiliah, akan lebih terasa dan menghargai manisnya tarbiyah. I write this cause i learnt it the hard way. Jom berubah. Dan tarbiyah diri sendiri. "Sometimes. Kita kena stay away dari certain people untuk get closer to Allah." Saling mendoakan untuk sahabat kita. In shaa Allah. Doa yang baik baik. Cakap yang baik baik. Buat yang baik baik. Niat lillahitaala. Allah akan bagi pengakhiran yang baik baik. In shaa Allah.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!