Lovingnur!
Follow Dashboard
Pujian punca RIAK!
Wednesday, June 4, 2014 | 0Superstar (s)!


First of all uolls! Lemme take a selfie! Hahaha. Merepek merepek. Back to the topic. 'Pujian punca riak'. 

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?

Okay okayy. Rileks rileks. Jangan gelojoh beb. Tadi aku baca GenQ. Artikel ni kecik je terselit rapi di bahagian info sisi dengan tajuk 'Pujian Yang Melampau'. Memang menarik minat aku. Well. Kita dalam dunia popular ni kan sering dipuji. Phuihhh! What the fish? Gurau gurau.

Apakah yang dimaksudkan dengan riak? 

Punya panjang intro aku baru nak terangkan maksud riak? 

Ehhh! Kau diam. Suka jiwa akulah. Blog aku. Nescaya, tak akan ada pembaca kat blog aku ni. Ehh! Mintak maaf mintak maaf. Aku memang suka mengarut. Back to the story. Riak dapat ditakrifkan sebagai perasaan yang ingin menunjuk-nunjuk. Rasulullah S.A.W. pernah memberitahu sahabat bahawa riak merupakan syirik kecil. Nauzubillah. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
Hindari riak! Okayy. Kenape pulak aku cakap pujian punca riak. Macam ni. Korang pernah tengok tak dekat fb komentar-komentar hebat sering menunjukkan kehebatannya dengan memuji. Ya. Pujian itu dapat memotivasikan seseorang. Yelahh. Siapa yang tak suka dipuji. Ye dok? Tapi jemah oii, pujian yang berlebihan membuatkan seseorang terasa kembang. Dan! Di situlah mula timbul rasa riak.

Senah: Makaronah, kau ni cantik gila lah. Rajin. Baik. Alim. [punca]

Makaronah: Kau lagi cantik Senah. Baik. Muslimah sejati gitu. [melayan]

Senah: Ehh! You ni. Ada-ada je. You lagi cantiklah. [merebak]

....

 And so on. Bila nak habis pun aku tak tahu. Korang biasa tengok kan kan kan? Baik angguk! Yess! TERUTAMANYA berlaku antara rombongan-rombongan 'Cik Kiah' ni melawat gambar-gambar di fb. Puji kemain kau jahh! Yang terima komen tu terasa bangga. Mulalah upload banyak-banyak gambar. Nak orang puji? Hindarilah. Okayy. Berlaku dekat aku jugak. Iman pun tak berapa nak kental kan. 

Haihhh! Kalau aku dok cerita je tapi takde langkah mengatasi pun takde guna jugak kan? Kita nak buat camne ni. Sebagai penerima komen. Sentiasalah beringat bahawa "segala pujian kembali pada Allah". Allah yang ciptakan kita kan? Semua ni hanya pinjaman sementara. Kepada komentar terhebat, tolonglah jangan komen yang terlalu hiperbola. 

NOTE: Jauhi riak. Ingatan bersama. 


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!