Lovingnur!
Follow Dashboard
Oh My 11/12/13!
Wednesday, December 11, 2013 | 0Superstar (s)!


Korang pun tau kan semalam 11/12/13. Cantikkan tarikh tu? Korang taknak tanya aku ke buat hape semalam? Aku hanya menjalankan rutin harian. Tapi aku tengok masyarakat melayu kita sekarang ni terpengaruh dengan budaya barat. Orang barat akan buat something yang bermakna pada tarikh ni kan.

Aku tengok remaja-remaja banyak merepek dekat laman sosial kan. Bersepah-sepah dekat facebook dan twitter. Nak cari couple baru lah, nak pergi date lah, nak macam-macam lagi lahh. Nak RARE lah konon. Lagi rare kalau awak buat ibadah. Tak ke gitu? Astaghfirullah.

Berubahlah adik-adik, akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik dengan makcik-makcik pun ada jugak ke? Cik Ta dengan Zain Saidin tu kahwin lain ceghita naa. Diorang mendirikan masjid. Pahala tu. Nenek-nenek, atuk-atuk? Aku rasa takdelahh kott. Bertaubatlah jemah oii. Kiamat tu bila-bila masa je. Buat benda yang berfaedah kan bagus. Berzikir, baca Al-Quran. At least dapat pahala. Walaupun takde yang lebih nya kalau korang buat pada tarikh ni. At least dapat pahala! Yang penting jangan RIAK. Tak guna jugak kan.


Memang ibadah ni boleh buat hari-hari tapi daripada korang buat benda yang tak berfaedah tu. Apo bondo eh jang? Baiklah korang buat ibadah. Ye dok? Kita memang tak sempurna tapi tak salah kita mengejar kesempurnaan kan? Cuba siapkan diri menghadap Allah nanti. Asyik-asyik dosa, dosa, dosa. Kita nak jawab apa dengan Allah nanti? Renungkanlah sayang, intan, payung, saudaraku.

NOTE: Saling mengingatkan itu penting!


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!