Lovingnur!
Follow Dashboard
Ya Akhi!
Sunday, December 29, 2013 | 0Superstar (s)!

Tajuk Ya akhi. Hahaha. Aku takde abang lah wehh! Tapi siapakah 'akhi' yang dimaksudkan itu. Boleh teka? Boleh teka tak? Siapa lagi kalau bukan Abang Arul kita! Weehuuuu. Perasang kejap


"Wuuuu! Handsome nyaa."

"Semad kot!"

"Melting."

Aippp! Huishhh! Jaga hati. He is mine. Harharhar! Perasan. Gurau gurau. Okayy. Biar aku kenalkan 'Abang Arul' ni pada korang walaupun aku tau korang memang kenal pun kan? Nama beliau ialah Fakhrul Islam bin Md Zarin. Nama pun dah gempak kan? Macam handsome je, macam stylo je. Kihkihkih. Gatal haku ni. Umur haa? Umur beliau baru 24 tahun. Muda kan? Single ohhh! Sila beratur. Ambil borang. Beliau ni orang Melaka. Hebat nau dak ni! Beliau merupakan salah seorang peserta pencetus ummah. 

Dulu, aku pernah cakap aku minat PU Yeop dengan PU Rahmat kan? Now? PU Fakhrul ohhh! Aku prefer PU Yeop dengan PU Fakhrul lah ni. Kalau diorang terlist markah terendah aku undi. Hehehe. Tapi sekarang ni tengah konflik. PU Fakhrul dengan PU Yeop markah terendah. One more thing, undian pulak bukan dibuat untuk three bottom je tapi semua peserta. Maksudnya, semua berpotensi untuk keluarlah kan? Hmmm. Aku harap bukan PU Fakhrul dan PU Yeop sebab mereka ada tarikannya yang tersendiri. 

Pada pandangan aku, aku tengok PU Fakhrul ni seorang yang murah dengan senyuman. Tidak terlalu serius 24 jam kan? Macam peramah je. Tak sombong ohh! Aku tanya soalan kat What's app dia balas kott! Terima kasih ustaz. Kau hado? Jangan jealous kay! Nak number dia cari sendiri. Cara penyampaian bait-bait kata dia tu memang menarik hati. Suara pun lunak merdu. Lemak berkrim! Hewhew! Dia ni banyak membakar semangat aku dalam dunia dakwah ni. Cehhhh!


Minggu pertama
"Kalau awak cintakan saya, carilah dulu cinta Allah. Kalau awak mahukan rindu saya, rindulah dulu Allah dan rasulNya. Kalau awak mahu sayang saya, sayangilah agama lebih dari segalanya."


Minggu kedua. Bencana Alam.
"Kita duduk atas muka bumi Allah tapi kenapa kita sombong dengan Allah? Kita tidak sujud pada Allah."


Minggu ketiga. Mati Hidup Semula.
"Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, lantera hidup ini."


Minggu keempat. Ibu Mertuaku.
"Sayalah tuan-tuan, kalau ada jodoh tahun hadapan, saya nak jadikan ibu mertua saya ni tuan-tuan, macam ibu kandung saya sendiri."


Minggu kelima. Halimatun Saadiah.
"Boleh jadi kita benci kepada sesuatu tetapi sesuatu itulah mendatangkan kebaikan pada diri kita. Boleh jadi kita suka kepada sesuatu tetapi sesuatu itulah yang mendatangkan keburukan pada diri kita."


Minggu keenam. Bulan Ramadhan.
"Kalau hati sejenis air, jangan biar ia kotor. Kalau hati sejenis awan, jangan biar ia mendung. Kalau hati seindah bulan, hiasilah ia dengan iman."


Allahu rabbi. Sungguh akhi ini sangat hebat. Subhanallah! Untuk anda yang masih belum mengundi bolehlah mengundi di astrogempak.com.my/pencetusummah/lamanutama. Jangan lupa undi PU Fakhrul tau! Cara nak mengundi, tekan link tadi. Then, login dekat bahagian PU Pilihan Anda. Undi hari-hari tau. Free of charge! Don't worry. Syukran.

Apa yang menarik dalam Pencetus Ummah minggu depan? Okayy. Setiap PU akan buat dua kali persembahan. First, solo and yang kedua, duet. So, apa task Abe Arul kita ni? Untuk yang solo beliau akan menyampaikan tazkirah yang bertajuk Nabi Isa a.s. Untuk yang duet? Beliau akan berduet bersama PU Rahmat! Wooowwww! 

Tapi malangnya aku tak dapat tengok sebab dah balik asrama. Wuuuu. Sedihnyaa. Takpe, hanya doaku bersamamu ya akhi. Tugas-tugas mengundi, aku akan serahkan pada adik aku! Hahaha. Perlu tu.

Kepada Ustaz Fakhrul, cehh! macam dia baca je saya doakan ustaz berjaya melakukan task seterusnya. Allah bersama anda. Kami, akan sentiasa menyokong ustaz. In shaa Allah. Terima kasih ustaz.



NOTE: Ilmu kasi mantap baru semua settle. Jom sokong pencetus ummah! Duniaku dakwahku.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!