Lovingnur!
Follow Dashboard
Valentine? As you wish.
Saturday, February 14, 2015 | 5Superstar (s)!


Le Owner

"Today is valentine!"

"To be my valentine?"


Valentine? As you wish sayang. Nak sambut? Silakan.


Cuma aku mintak kau fikir sekejap apa yang aku ingin sampaikan.


Apa yang anda dapat setelah menyambut valentine? Apa perasaan anda? Boleh anda kongsikan pengalaman anda bersama kami? Ada macam keseronokan ke kebahagiaan ke?


Mungkin ada. Tapi kalau hanya untuk sementara untuk apa?


Ehemm!


Ehemmm!


*betulkan tekak*


"Ala. Kita bukan sambut perayaan diorang pun. Valentine je. Itu bukan perayaan okay?"


Kau pernah tengok orang kristian sambut maal hijrah? Malidur rasul? 'Itu bukan perayaan okay?' Cuba kita fikir sekejap kenapa diorang tak sambut Maal Hijrah dengan kita macam mana kita sambut Valentine dengan diorang? Kau rasa kenapa?


Aku tak menghina. Serius tak. Cuba kau baca ayat-ayat aku dengan penuh kasih sayang. Eheh. Yang kau emosi apahal? Kau buat ke? Aherher.


Aku tak kata aku baik nak tegur kau. Kan aku cakap 'kita' tadi. Cuma aku bercita-cita nak jadi baik, tapi belum baik. 


Kenapa aku larang sahabat sekalian menyambut valentine? Sebab aku sayang hangpa! Valentine tu masanya orang berzina. Mulalah ada bayi di sana-sini nanti. So, make sure stay away okay?


Ada orang persoalkan, "Kenapa nak kempen 'No Valentine'? Tak menjaga perasaan Non Muslim yang nak sambut hari kekasih." 

Ehem. Sorry. Tapi pernah tak pihak yang promote Happy Valentine's Day HORMATI orang Muslim dengan tidak promote pada mereka? Enough la. Diorang talu kita tak henti-henti, kita tetap nak melukut tepi gantang. Puii. 

Bukan nak balas dendam ehh. Hari ni keutamaan (priority) kita dah tunggang terbalik. Kita lagi MENJAGA hati non Muslim berbanding hati sesama Muslim. Bukan bermaksud tak payah jaga hati non Muslim, tetapi kenapa hati sesama Muslim kau biarkan disakiti?


Maaflah ayat aku macam kasar je. Ahah! Memang kasar pun. Sedar tak sedar tak?


*tampar pipi*


*hulur tangan*

Rasa nak sebarkan kesedaran ni? Jom sertai kempen kami! Mudah sahaja.

  •  Download placard di atas.
  • Tangkap gambar tunjuk placard tersebut.
  • Upload di Facebook, Instagram, dan Twitter dengan hashtag ‪#‎beliatolakvalentine‬.

"Tapi haram ke sambut valentine ni?"

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” 
[HR. Ahmad dan Abu Daud]

Masih rasa ingin sambut valentine? Silakan. 


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!