![]() Wednesday, February 11, 2015 | 0Superstar (s)! ![]()
Renungan nasihat ulama untuk kita tentang 'Keutamaan memiliki sahabat mukmin'.
Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka ketika di dunia. Mereka bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah S.W.T.
"Ya Rabb, Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, yang solat bersama kami, yang puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka, Allah S.W.T. berfirman maksudnya, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun sebesar zarah" [HR Ibnul Mubarrak dalam kitab Az-Zuhd]
Al-Hassan Al-Bashri berkata, "Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu kerana mereka memilki syafaat pada hari kiamat."
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, "Jika kalian tidak menemukan aku di syurga nanti bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah S.W.T. tentang aku."
"Wahai Rabb kami, hambaMu si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau maka, masukkanlah dia bersama kami di syurgaMu."
Maka sahabatku, mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah S.W.T. agar aku dapat bersertamu kelak di syurga dan redhaNya.
Aku memohon kepadaMu ya Allah, kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariatMu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat denganMu.
![]() |
The Disclaimer ![]()
Jom menderma!
Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma. Let's Talk!
Tak puas hati? Emailkan pada saya: cik_enonimus@yahoo.com
Flashback!
|