Lovingnur!
Follow Dashboard
Ada Apa Dengan Bismillah?
Thursday, February 12, 2015 | 1Superstar (s)!

Le Owner

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Sempena hari jumaat ni, aku nak meneruskan slot 'Today Is Friday' yang dilancarkan pada minggu lepas. Dushh! Macam gempak.


Let's start!


Kebanyakan kita menyebut Bismillah tetapi tidak tahu apa nilai sebenar kalimah tersebut.


Apa maksud kita menyebut "بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ" ketika kita bergerak, makan, minum, tidur, bekerja, menulis dan dalam semua urusan harian kita?


Maksudnya begitu indah sekali, pertamanya kita dapat merasai yang kita mencontohi Allah S.W.T. Allah membuka kalamNya dengan sebutan "بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ". Masha Allah.


Sebutan ini merupakan satu tiket anugerah untuk kita memulakan amalan harian dan menikmati seluruh kebaikannya. Jika kita dapat memahaminya kita akan tahu kenapa Rasul kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. begitu prihatin membaca "بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ" setiap masa dan keadaan hinggakan Rasulullah S.A.W. ada bersabda:


“Setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan Bismillah, maka ia akan terputus atau cacat atau terpotong."


Setiap insan yang melakukan sesuatu yang dia rasakan dirinya mengikut Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. merasakannya terlalu bernilai.


Maksudnya begitu indah. Kita rasakan, nama Allah S.W.T. adalah satu anugerah atau teknik yang diberikan kepada kita. Satu anugerah yang dapat kita gunakan dalam menangani semua perkara di dunia ini, semua ciptaan adalah milik Allah, bumi, langit, matahari, bulan semuanya adalah ciptaan tuhan kita. Jika kita tangani alam ini dengan nama Allah S.W.T. bagaikan kita membuka seluruh peti harta karun yang terdapat dalam setiap zarah yang ada di dunia ini. 


Rasulullah S.A.W. begitu minat dan sukakan bacaan Bismillah ini hingga pada suatu hari baginda membacanya dalam solat.  Membaca "بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ" dan mengulangnya sekali lagi dan mengulangnya sehingga 20 kali dalam satu masa.


Bismillah merupakan zikir yang boleh dibaca setiap kali melakukan apa-apa perkerjaan. Seakan-akan ia merupakan kunci milik Allah S.W.T. yang diberikan kepada kita, dengannya kita dapat membuka segala pintu kebaikan. Ada orang nak mencuri baca bismillah? Berjudi baca Bismillah? Minum arak baca Bismillah?


Membaca Bismillah juga memberi ganjaran yang besar. Kerana ia merupakan ayat Al-Quran setiap hurufnya akan mendapat 10 kebaikan hingga 700 kebaikan. Bismillah mempunyai 19 huruf iaitu mengandungi 190 kebaikan, setiap huruf kita gandakan sehingga dapat 700 ribu dari Allah S.W.T. 


Jika kita mengamalkan Bismillah dalam kehidupan kita, kita akan diliputi dengan nama Allah, yang ALlah perintahkan kepada kita agar mengagungkanNya dengan firmanNya:


"Bertasbihlah dengan nama tuhanmu yang maha tinggi."


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ
Katakanlah jika kamu mencintaai Allah, Ikutlah aku. Nescaya Allah akan mencintaimu. [Surah Ali Imran : 31]


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!