Lovingnur!
Follow Dashboard
Cukuplah. Aku give up!
Saturday, March 7, 2015 | 2Superstar (s)!



Le Owner


Pengambilan keputusan 'Sijil Padang Mahsyar'.


Spm bukan penentu segalanya,cuma kebanyakannya ditentukan oleh spm.


'Hidup tak semestinya kena pandai, tetapi PANDAI HIDUP itu yang penting'.


Post aku kali ni lebih kepada batch 97 yang baru lepas dapat keputusan. Sejujurnya aku pun kecewa jugak dengan keputusan yang aku dapat. Nak cerita cemana kecewanya aku? 


Seharian aku tak mampu berkata apa-apa. Jumpa orang mereka kata "tahniah". Tapi kata-kata tahniah tu seolah-olah angin lalu je. Aku tau diorang nak sedapkan hati aku je. Ahhh! Aku tak boleh terima semua ni. Macam mana aku nak kejar cita-cita aku yang aku tanam dari aku 5 tahun sampai aku 18 tahun ni. 


Doktor. Orang kata lifeless. Aku abaikan je. Entah. Mungkin bukan rezeki aku di situ. Mungkin Allah suruh aku usaha lebih. Nak tukar cita-cita? Kau nak suruh aku kuburkan ke? Kau rasa? Lama aku pujuk hati aku.


Tapi, alhamdulillah aku dapat tenangkan diri semula. Aku tau bukan aku seorang je kecewa. Kalau dekat sekolah tu sampai aku tak sanggup nak tanya orang lain keputusan yang diorang dapat. Mari aku pujuk kau. Kita kan sahabat?


“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 2:216)


Belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita. Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita. Hanya ALLAH lah yang tahu tentang hakikat semua kejadian yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita. Sudah banyak kita dapati melalui berita, ada yang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi akhirnya terjelepuk jatuh kehinaan apabila belajar di luar negara berlesenkan keputusan tersebut. Dan ramai juga telah kita baca kisah mereka atau kita jumpa sendiri orangnya yang berjaya dalam kehidupan mereka walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau universiti. Justeru, tenangkanlah hati dan perhatikan betul-betul perkataan ALLAH di atas. InsyaALLAH, kita akan mudah redha dan tenang menghadapinya. Yang penting, berbaik sangkalah dengan ALLAH dan redhalah dengan apa-apa yang diterima.


"Aku sangat gembira sekiranya ALLAH memakbulkan doaku kerana ia merupakan kehendakku. Tetapi aku lebih gembira sekiranya ALLAH tidak memakbulkan doaku kerana ia merupakan kehendak ALLAH." -Saidina Ali.


Kata-kata ni laa yang aku selalu pegang bila aku tak dapat apa yang aku nak. Perjalanan kita baru je mula. Jangan sedih dengan keputusan kita. Anggap je hanya sehelai kertas. Banyak lagi laluan untuk kita. In shaa Allah. ALLAH pengatur terbaik. Dia sentiasa aturkan yang terbaik untuk hambaNya yang sangat disayangi. Percayalah. Kita kena kuat. Spm bukanlah penamat segala galanya.


Kenapa kita perlu putus asa sedangkan terlalu banyak jalan yang ALLAH rancang untuk kita? Sabar. Tak semestinya SPM tak dapat keputusan bagus bermakna kita dah gagal. Kejayaan bukan terletak pada Kertas SPM tapi kejayaan terletak pada diri kita sendiri. Kita kan nak berjaya ? Jadi, mesti lah kena usaha.berlajar dari kesilapan dulu,jangan terus bersedih jangan terus kecewa perjalanan baru bermula. Dimana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Buang sikap putus asa, buang sikap mengalah buang perasaan sedih. Sebab apa? Sebab sikap tu lah yg mengagalkan sebenarnya. Apa apa pun jangan buang masa kejar impian, jadi kan impian tu sebagai realiti bukan sekadar mimpi, semua orang boleh berjaya cuma mahu atau tidak je. Tabah ye.


Ini baru kes SPM. Yang tak SPM? Exam lain pun sama jugak. Mungkin lepas ni ada yang UP1, test, exam, MUET kan? Aku wish all the best untuk semua. Apa apa pun doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. 


Yang tak exam pulak. Tak bermakna kita tiada ujian. Analogi mudahnya begini, andailah kita menghadapi cuaca cerah sepanjang tahun, tak kena juga. Gersanglah tanah ini. Perlulah adanya hujan. Barulah kita boleh menikmati indahnya pelangi. Bawa analogi itu ke dunia realiti kalau kita hidup tanpa ada dugaan dan cabaran tak lupa juga kegagalan, mungkinkah kita akan sentiasa menjadi hamba yang bersyukur? Bila adanya dugaan, cabaran dan kegagalan barulah kita dapat merasai indahnya nikmat Allah.


Kita sering menghadapi kegagalan. Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selama lamanya. Andai kita jatuh harini, anggaplah ia akan menguatkan kita pada hari esok. Sebagai contoh, dalam perjalanan dakwah yang sumpah panjang ni,macam macam kita kena hadapi. "Bajet alim." "Syok sendiri." Macam macam cemuhan lagi. 


Bajet alim? Mungkin kita terlalu berlagak dalam berdakwah. Lower your ego. Dakwah cara berhikmah. Mungkin cara kita berdakwah tak kena pada jiwa mereka. Sepatutnya kita tak boleh putus asa. Anggap saje kata kata tu seolah olah minyak yang boleh menyemarakkan semangat ingin berdakwah. Haa tak ke gitu? 


Aku give up?


Macam tu ke nak jadi legend?


Legend kena kuat.


NOTE: Maan najah untuk junior bohh.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum! Sila sebarkan sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain. Tak perlu mintak izin. Ianya ilmu Allah.

Sebarang allergic reaction seperti muntah-muntah, pening-pening, tekanan perasaan selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

AMARAN!
Blog ini mempunyai unsur-unsur sarkastik, kata-kata kesat dan kata-kata tarbiyah. Headshot, heartshot dan brainshot adalah kesan sampingan blog ini.

Jom menderma!

Marilah kita menderma untuk tabung mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan anda amat bernilai. Sucikan hati dengan derma.

taip (BANJIR) jarak (amount) dan hantarkan ke 13999

Amount: RM1, RM5, RM10, RM20, RM40, RM50. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda.

Let's Talk!

Tak puas hati? Emailkan pada saya:

cik_enonimus@yahoo.com


Flashback!